Pengenalan: NICERS'24


Program NICERS ini adalah merupakan acara dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) di PTSB. NICERS’24 merupakan penganjuran edisi keempat selepas kejayaan penganjuran edisi tahun-tahun sebelum ini. Jumlah penyertaan bagi NICERS’22 telah berjaya mengumpul sebanyak 73 projek inovasi dan 120 Robot-Sumo. Penyertaan melibatkan pelbagai institusi pengajian peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi (Awam dan Swasta) serta pihak industri daripada seluruh Malaysia. Penganjuran NICERS ini telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan daripada JPPKK. Ianya juga turut menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi penyertaan melibatkan pendidikan peringkat rendah dan menengah.


Penganjuran NICERS’24 akan turut meluaskan penglibatan daripada pihak industri sebagaimana penganjuran sebelum ini. Penglibatan pihak industri sama ada sebagai panel juri ataupun peserta merupakan salah satu agenda nasional bagi mewujudkan jaringan kolaborasi yang proaktif bagi perkembangan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).


Tema NICERS’24 adalah “Revolutionizing TVET with Technology”

Objektif NICERS'24

  • Menyediakan platform bagi individu atau berkumpulan mempamerkan hasil inovasi sebagai medium perkongsian kepada umum.
  • Mengenalpasti projek inovasi yang berpotensi untuk dilindungi hak cipta dan harta inteleknya yang mempunyai nilai pengkomersialan.
  • Memperkasakan bidang STEM dan TVET sebagai tunggak pendidikan ke arah negara maju dalam pelbagai bidang.
  • Membudayakan bidang penyelidikan, penulisan dan penerbitan sebagai sumber pembangunan dalam pelbagai sektor bagi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
  • Mewujudkan komuniti yang berdaya saing dalam menguasai kepakaran dan kemahiran secara kreatif dan inovatif.
  • Mendedahkan pelajar kepada proses penyelidikan dan inovasi mengikut standard yang ditetapkan.

Urusetia NICERS'24

Dr. Syaiful Baharee Bin Jaafar
(Pengarah Program)
No. HP: 012-5285514

En. Ahmad Sabri Bin Mohamed
(Pertandingan Inovasi)
No. HP: 012-2573379

Pn. Asmayuzie Binti Ahmad
(Pertandingan Robot-Sumo)
No. HP: 011-65453177

Pn. Wan Nor Hasnah binti Wan Yunus
(Bendahari/Urusan Pembayaran )
No. HP: 013-4230789

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09090, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033